Sokongan PN semakin mereda, Kedah, Kelantan dijangka sengit - Rafizi

Sokongan PN semakin mereda, Kedah, Kelantan dijangka sengit – Rafizi

RAFIZI Ramli bersalaman dengan pegawai baharu Kementerian Ekonomi pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga Kementerian Ekonomi di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan peralihan luar biasa pengundi terhadap Perikatan Nasional (PN) yang diterjemahkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu sudah semakin mereda.

Ahli Parlimen Pandan itu juga mendakwa, data didedahkan setakat Jun lalu menunjukkan sokongan terhadap PN semakin menurun pada kadar yang ketara.

Menurutnya, PN sepatutnya perlu lebih bimbang apabila persaingan sengit mungkin bakal berlaku di dua negeri dikuasai mereka iaitu Kedah dan Kelantan.

“Menerusi data awal, kerajaan Pakatan Harapan (PH) di tiga negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan berada dalam keadaan selesa.

“Malah, tumpuan kami kini ialah bagaimana untuk menggugat prestasi PN di tiga negeri yang dikuasai mereka.

“Malah, dakwaan dibuat PN ketika ini lebih untuk menutup kebimbangan prestasi mereka di negeri yang mereka kuasai,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Ekonomi di sini, hari ini.

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata, beliau akan mendedahkan data lengkap bulan ini mengenai trend pengundian dan prestasi PH menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

“Sampai masa saya tunjuk data itu secara terperinci bulan ini, semakin dekat dengan kempen, kita akan dedahkan data itu,” katanya.

Pada masa sama, katanya, PN juga tiada kredibiliti untuk mengambil alih tiga negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

“Sebab itu saya ingat dakwaan dibuat PN adalah untuk menutup kebimbangan mereka sendiri bahawa keadaan itu sengit bukan di tiga negeri pro kerajaan sebaliknya di Kedah dan Kelantan,” katanya.

Sebelum ini, Rafizi memaklumkan beliau akan mendedahkan data terperinci bagi membuktikan bahawa PH lebih mendapat sokongan berbanding PN menjelang PRN nanti.

Sebelum ini juga, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, kerajaan tidak mustahil akan jatuh selepas PRN ini jika PN mampu memperolehi kemenangan di lima daripada enam negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya