Sindiket guna ‘homestay’ jadi stor dadah RM7.4 juta tumpas - Utusan Malaysia

Sindiket guna ‘homestay’ jadi stor dadah RM7.4 juta tumpas

Dadah
MOHD. Kamarudin Md. Din menunjukkan sebahagian daripada dadah yang dirampas dekat sebuah ‘homestay’ dalam satu serbuan sekitar Lembah Klang, pada sidang akhbar di IPK Selangor di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kegiatan haram dua sindiket menjadikan kediaman termasuk inap desa sebagai stor dadah bernilai RM7.42 juta di Lembah Klang tumpas dalam dua serbuan berasingan baru-baru ini.

Serbuan dua hari bermula 5 Julai lalu itu membawa kepada penahanan tiga lelaki berusia 38 hingga 47 tahun yang bertindak sebagai pengedar dan transporter di Sepang dan daerah ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, siasatan mendapati ketiga-tiga suspek aktif melakukan kegiatan itu sejak awal tahun ini dengan pasaran dadah untuk sekitar Lembah Klang.

“Semua dadah jenis methamphetamine, pil yaba dan ketamin seberat 222kilogram (kg) itu diperoleh dari utara tanah air berdasarkan peket pembungkusannya. Mereka menjadikan premis kediaman sebagai tempat penyimpanan dadah sebelum diedarkan ke pasaran di sekitar Lembah Klang.

“Salah satu serbuan di Shah Alam mendapati dua suspek menyewa inap desa bagi menjalankan aktiviti tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Beliau menambah, menambah, dadah yang dirampas di Sepang seberat 47.8kg melibatkan methamphetamine dan ketamin manakala di Shah Alam berjumlah 174.2kg iaitu methamphetamine serta pil yaba yang boleh digunakan lebih 1.1 juta penagih sekiranya terlepas ke dalam pasaran

Turut dirampas, dua kenderaan jenis Kia dan Toyota Hilux selain dua cincin serta seutas jam tangan dianggarkan RM87,705.

“Siasatan mendapati tiga suspek ditangkap pula melibatkan dua sindiket berbeza dengan polis masih mengesan dalang sebenar. Polis masih menjalankan siasatan menyeluruh sama ada mereka terlibat dalam kumpulan kongsi gelap,” jelasnya.

Tambah Mohd. Kamarudin, dua daripada suspek didapati positif methamphetamine namun mereka tiada rekod jenayah lampau dan kesemuanya direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya