Simon Cowell terpukau dengar suara Cakra Khan

Simon Cowell terpukau dengar suara Cakra Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Penyanyi Indonesia, Cakra Khan berjaya memukau keempat-empat juri America’s Got Talent semasa menghadiri ujibakat itu, yang disiarkan di stesen televisyen antarabangsa, semalam.

Cakra yang terkenal dengan suara unik dan serak basah turut mencipta rekod tersendiri selepas menerima tepukan gemuruh penonton serta membuatkan kesemua juri termasuk juri bermulut pedas, Simon Cowell bangun memberi tepukan.

Pada mulanya, Cowell kelihatan tidak berminat selepas Cakra mendendangkan lagu bergenre soul berjudul Make It Rain yang pernah dipopularkan oleh Ed Sheeran.

Simon kemudian memberi isyarat dengan mengangkat tahan supaya Cakra menghentikan nyanyian tersebut kerana tidak menggemari muzik lagu itu.

Bagaimanapun, pelantun lagu-lagu galau itu tetap diberikan peluang kedua dan Cakra memilih untuk mendendangkan lagu No Woman No Cry nyanyian asal Bob Marley.

Penonton dan barisan juri terpesona serta terbuai dengan suara garau yang dimiliki Cakra, malah mereka turut bersama menyanyikan bahagian korus lagu berkenaan.

Cakra berjaya menyakinkan kesemua juri yang memberikan tanda setuju sekali gus melayakkan dirinya berentap ke peringkat seterusnya.

Juri, Heidi Klum menyifatkan suara Cakra sebagai unik dan seksi, mudah diingati serta lain daripada yang lain.

Cowell pula mengkategorikan suara penyanyi popular Indonesia itu sebagai jarang didengari dan sangat menggemari tona suara tersebut.

Ketika ditanya perancangan sekiranya memenangi pertandingan itu, Cakra memberitahu ingin menggunakan wang kemenangan untuk membina rumah perlindungan haiwan.

Terdahulu, bakat-bakat Indonesia kian mendapat perhatian di rancangan realiti itu termasuk seorang remaja kelainan upaya (OKU), Putri Ariani yang berbakat bernyanyi sambil bermain piano.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN