PETALING JAYA: Silibus Matematik sekolah rendah terlalu padat dan tinggi mengakibatkan pelajar tidak dapat menguasai kemahiran asas mengira dengan sepenuhnya sekali gus mendorong mereka enggan menyambung pengajaran ke aliran Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM). Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad berkata, format pengajaran Matematik hari ini dilihat terlalu mengejar piawaian antarabangsa hingga mengakibatkan murid tergesa-gesa untuk menamatkan silibus…









