Siapa dalang sebenar kecurian REE Bukit Enggang?

Siapa dalang sebenar kecurian REE Bukit Enggang?

MAHADZIR Abdul Hamid menunjukkan keratan akhbar Utusan Malaysia dalam sidang akhbar berkenaan isu REE di Kampung Tala, Sik. – UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIK: Pelbagai pihak termasuk penduduk sekitar Hutan Simpan Bukit Enggang, di sini masih tertanya-tanya mengenai identiti dalang di sebalik kejadian curi unsur nadir bumi (REE) di hutan itu seperti yang dibongkarkan akhbar ini.

Malah, hari ini genap setahun selepas laporan polis pertama dibuat oleh Pengerusi Yayasan Jariah Malaysia, Mahadzir Abdul Hamid sebelum kegiatan itu dilaporkan Utusan Malaysia pada 3 Oktober tahun lalu.

“Sudah genap setahun selepas saya buat laporan polis, masa itu kita minta pihak berkuasa siasat apakah benar berlaku kecurian selepas penduduk sendiri cuba merungkainya.

“Walaupun ada tangkapan dan pendakwaan yang dibuat, isu REE belum diselesaikan de­ngan baik kerana rakyat masih ternanti-nanti apa tindakan seterusnya untuk memastikan mineral berharga ini tidak dicuri lagi,” katanya pada sidang akhbar di Kampung Tala, semalam.

Pada 3 Oktober lalu, akhbar ini secara eksklusif mendedahkan negara mungkin sudah kerugian mencecah angka ber­bilion ringgit apabila mineral di Hutan Simpan Bukit Enggang dicuri pihak tertentu sejak dua tahun lalu.

Perkara itu terbukti apabila Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengesahkan kepada Utusan Malaysia bahawa Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) dan polis merampas 185 guni disyaki bahan mineral dalam sebuah lori yang keluar dari hutan itu.

Mahadzir yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri berkata, kecurian REE disyaki melibatkan sindiket besar atau kartel yang patut diberi perhatian.

“Kenyataan hari ini dibuat bukan disebabkan pilihan raya tetapi macam saya tegaskan tadi sudah cukup setahun selepas saya membuat laporan polis yang kebetulan menghampiri tarikh pilihan raya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya