Senarai calon PKR tular  - Utusan Malaysia

Senarai calon PKR tular 

Senarai calon
AMIRUDIN Shari melakukan gimik pelancaran Program Jaringan BizClub:BizMatch Mega 2.0 di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 20 nama tular dalam aplikasi Whatsapp yang didakwa sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) mewakili PKR bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata, bagaimanapun mendakwa senarai tersebut tidak sahih dan menganggap ia sebagai usaha untuk melobi pimpinan parti menjelang pilihan raya.

Menurutnya, mesyuarat penyelarasan gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada hujung minggu ini dan menjelaskan penularan senarai tersebut tidak menjejaskan perancangan kedua-dua parti.

“Pada saya penularan senarai nama (20 orang calon PKR) untuk PRN di media sosial baru-baru tidak lebih hanya usaha untuk melobi.

“Saya juga sebagai Naib Presiden PKR dan juga Pengerusi PH Selangor hanya akan bermesyuarat dengan BN 16 hari bulan ini dan 17 hari bulan kita baru tahu sebarang keputusan (tentang pemilihan calon),” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Jaringan BizClub:BizMatch Mega 2.0.

Beliau menegaskan, soal pemilihan calon perlu dilakukan dengan teliti dan kemungkinan akan berlaku perubahan dalam barisan calon kelak.

“Kita mempunyai seorang calon yang menawarkan diri untuk tidak bertanding kali ini tetapi ia juga perlu dibincangkan nanti.

“Soal calon muda diberi ruang atau tidak saya tidak menolak kemungkinan tersebut kerana ramai pemimpin PKR yang bertanding semasa berumur 30 tahun ke atas. Kita juga melihat kewajaran untuk mengekalkan calon yang sudah beberapa kali bertanding pada PRN kali ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya