PETALING JAYA: Malaysia perlu segera menyelesaikan pertikaian sempadan maritim membabitkan blok Ambalat di Laut Sulawesi, Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) di sebelah utara Selat Melaka dan perairan Batu Puteh serta Batuan Tengah di Johor. Isu-isu tuntutan persempadanan bertindih dengan Indonesia dan Singapura harus dimuktamadkan kerana ia membabitkan kedaulatan Malaysia yang sudah 66 tahun mencapai kemerdekaan. Walaupun terdapat perjanjian menetapkan had sempadan maritim dengan negara-negara jiran sebelum ini selain perkara tersebut di…










