PUTRAJAYA: Selepas hampir lima tahun dalam buruan pihak berkuasa, bekas peguam 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan ditahan polis di Kuala Lumpur, Jumaat lalu. Jasmine dikatakan salah seorang sekutu rapat ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang turut terbabit dalam skandal kewangan 1MDB dan disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Jasmine baru pulang dari luar negara ketika polis menangkapnya.…










