'Saya bukan calon pelancong, sudah lima tahun tinggal di Dengkil'

‘Saya bukan calon pelancong, sudah lima tahun tinggal di Dengkil’

JAMIL Salleh (tengah) ketika hadir penamaan calon DUN Dengkil pada PRN di Dewan Semarak Cyberjaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: “Saya sudah lima tahun menetap di Dengkil,” kata calon Perikatan Nasional (PN) DUN N55 Dengkil, Datuk Seri Jamil Salleh, 64.

Jamil ketika ditemui pada hari penamaan calon DUN N55 Dengkil hari ini berkata, beliau bukan calon luar, sebaliknya sudah biasa dengan kawasan ini.

“Saya ada rumah di Dengkil sejak lima tahun lalu dan tidak sangka terpilih jadi calon di sini.

“Selain Dengkil, saya juga sudah biasa dengan negeri Selangor, malah tidak pernah keluar dari Lembah Kelang ketika berkhidmat dalam kerajaan selama lebih 40 tahun,” katanya.

Katanya, beliau akan menggunakan kepakaran dan pengalaman selama 40 tahun ini untuk membantu rakyat di Dengkil dan juga Selangor.

Jamil sebelum ini pernah menjawat jawatan Ketua Setiausaha di dua kementerian iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebelum bersara wajib.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN), Noorazli Said, 45, berkata, beliau yakin dapat merampas semula DUN Dengkil berdasarkan semangat kerjasama yang wujud dalam Kerajaan Perpaduan.

“Berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum lalu, gabungan undi diraih pengundi BN dan Pakatan Harapan (PH) sudah cukup untuk kita berada di depan.

“Misi saya ialah kita nak kembalikan seorang wakil rakyat yang benar- benar boleh berkhidmat di sini,” katanya.

Katanya, beliau menghormati semua calon yang bertanding dan mereka semua bukan asing bagi masyarakat di Dengkil.

Jelasnya lagi, beliau berharap gabungan BN dan PH pada PRN kali ini dapat melakukan keajaiban sekali gus mengekalkan tampuk pemerintahan di Selangor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya