Saifuddin nafi pernah rayu kepada Hamzah

Saifuddin nafi pernah rayu kepada Hamzah

SAIFUDDIN Nasution Ismail bercakap pada sidang akhbar selepas Sambutan Hari Imigresen 2023 di Dataran Pahlawan PUTRAJAYA. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berhubung isu membatalkan keputusan pemilihan PKR pada 2022.

Setiausaha Agung PKR itu berkata, beliau tidak pernah merayu untuk membatalkan keputusan pemilihan itu, sebaliknya hanya menjawab surat tunjuk sebab kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, isu sebenar adalah menjawab isu surat tunjuk sebab dikemukakan RoS bukannya membatalkan keputusan pemilihan parti.

“Sebagai Setiausaha Agung ketika itu saya hanya jawab surat tunjuk sebab dan kalau gagal, parti akan dibatalkan.

“Kenapa pula sampai cakap saya nak batalkan keputusan pemilihan parti, itu tiada kaitan.

“Apa-apa kenyataan (dakwaan Hamzah), saya anggap ia kenyataan politik, biasa lah musim (Pilihan Raya Negeri) sekarang,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Imigresen 2023, di sini hari ini.

Saifuddin turut mendedahkan kerap bertemu dengan Hamzah kerana beliau juga adalah Pengerusi Bersama Jawatankuasa Antara Kerajaan dan Pembangkang dan pertemuan itu bukannya sesuatu yang luar biasa.

Sebelum ini, Hamzah mendakwa Saifuddin pernah merayu kepada beliau untuk membatalkan keputusan pemilihan PKR pada 2022 selepas tewas kepada Rafizi Ramli.

Menurut Hamzah, pemimpin PKR itu ada berjumpa dengannya selepas seminggu kalah dalam saingan merebut jawatan nombor dua parti ketika pemilihan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya