Rossa belanja hotdog, lagu istimewa - Utusan Malaysia

Rossa belanja hotdog, lagu istimewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KONSERT Rossa Another Journey The Beginning di Zepp Kuala Lumpur baru-baru ini merekodkan satu pencapaian membanggakan buat penyanyi kelahiran Sumedang, Indonesia ini.

Konsert istimewa yang berlangsung dua hari dihadiri 4,700 pencinta Datuk Rossa Roslaina Sri Handayani yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, sebahagian besarnya generasi muda dan pertengahan. 

Tiket yang laris terjual membuktikan penyanyi berusia 44 itu masih relevan meskipun muncul penyanyi-penyanyi Indonesia, baru dan lama yang cuba memasuki pasaran hiburan di Malaysia.

Berlangsung lebih dua jam, Rossa memukau menerusi persembahan  lagu-lagu nostalgia yang sedari dulu ‘membeli’ jiwa peminat.

Antara kekuatan Rossa yang bernasib baik kerana acap kali diberi kepercayaan menyanyikan lagu-lagu yang membekas jauh ke hati pendengar.

Berikut rangkuman menarik, antaranya kenangan istimewa sempena malam kedua konsert tersebut.

LEBIH 19 LAGU ISTIMEWA

Peminat pulang dengan senyuman selepas menyaksikan persembahan bertenaga 19 buah lagu hits, baru dan lama Rossa.

Antara yang dipersembahkan seperti Aku Bukan Untukmu, Atas Nama Cinta, Ayat-Ayat Cinta, Wanita, Terlalu Berharap dan banyak lagi.

Rossa juga merealisasikan hasrat peminat yang ingin melihat beliau membawakan lagu Pudar, Terlalu Cinta, Hey Ladies dalam versi segar dan rancak.

MAHALINI

Malam kedua diserikan dengan kemunculan penyanyi yang semakin dikenali, Mahalini.

Anak kelahiran Denpasar, Indonesia itu menambah kemeriahan dengan persembahan tiga lagu, dua daripadanya seperti Sisa Rasa dan Sial.

Peminat juga terpukau menyaksikan paduan vokal Mahalini dan Rossa menerusi lagu Lupakan Cinta.

HOTDOG PERCUMA

Keprihatinan Rossa yang menyediakan hotdog percuma untuk pengunjung mendapat pujian ramai pihak.

Tiada yang terkecuali, rata-rata penonton meluahkan rasa gembira kerana dapat mengalas perut sebelum konsert bermula. 

BAKAT TERPENDAM

Antara yang paling mencuri perhatian adalah ketukan dram yang dimuatkan sebagai segmen istimewa ketika lagu Hey Ladies dipersembahkan.

Rossa, diiringi dua pemain dram  memperlihatkan bakat terpendam bermain alat muzik berkenaan dalam segmen berkenaan.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN