PETALING JAYA: Bekas personaliti TV dan aktivis sosial, Datuk Ras Adiba Mohd. Radzi menafikan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana kecewa tidak disambung jawatan sebagai Ahli Dewan Negara dan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama). Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ras Adiba sebaliknya menjelaskan, penyertaannya ke Bersatu adalah kerana menyokong aspirasi parti itu dan demi kesejahteraan rakyat di samping mahu terus memperjuangkan nasib golongan orang kurang upaya (OKU) di negara…