PRN Pulau Pinang: 29 kerusi satu lawan satu

PRN Pulau Pinang: 29 kerusi satu lawan satu

DOMINIC Lau dan Azrul Mahathir Aziz bertanding satu lawan satu mewakili PN serta PH-BN bagi merebut kerusi DUN Bayan Lepas, Pulau Pinang dalam PRN Pulau Pinang, 12 Ogos ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang menjadi medan ujian sebenar kekuatan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) serta Perikatan Nasional (PN) dalam mendapatkan sokongan rakyat.

Ini kerana daripada keseluruhan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan, 29 kerusi menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon kedua-dua parti politik berkenaan.

Sementara itu, sebanyak tujuh kerusi DUN Pulau Pinang menyaksikan pertandingan tiga penjuru manakala pertandingan empat penjuru bakal berlangsung di empat kerusi.

Selain PH-BN dan PN, PRN kali ini menyaksikan penyertaan calon-calon daripada beberapa parti lain termasuk Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang bertanding di lima kerusi; MUDA (dua kerusi); Penang Front Party (PFP) (dua kerusi) dan calon Bebas (lima kerusi).

Sementara itu, beberapa kerusi DUN menjadi tumpuan antaranya di DUN Bayan Lepas yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Pengerusi PN negeri, Datuk Dr. Dominic Lau yang menentang calon PH-BN yang juga penyandang, Azrul Mahathir Aziz.

Kerusi majoriti Melayu itu menjadi perhatian selepas pencalonan Dominic yang juga Presiden Gerakan mendapat bantahan daripada ahli akar umbi Pas Cawangan Bayan Lepas yang mengancam memboikot PRN kali ini.

Yang turut menjadi perhatian adalah kerusi DUN Bertam yang ditandingi nama besar dalam politik negara, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga bekas Ahli Parlimen Kepala Batas dan pertama kali bertanding di kerusi DUN.

Reezal Merican menentang calon PN yang juga penyandang kerusi itu, Khaliq Mehtab Mohd. Ishaq daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) dalam pertarungan satu lawan satu.

Dalam pada itu, nama-nama besar dalam politik yang turut bertanding pada PRN Pulau Pinang termasuk bekas Ketua Menteri, Chow Kon Yeow di kerusi DUN Padang Kota yang menentang calon PN daripada Gerakan, H’ng Khoon Leng dalam pertandingan satu lawan satu.

Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng juga sekali lagi bertanding mempertahan kerusi DUN Air Putih buat penggal keempat berturut-turut dalam persaingan tiga penjuru dengan calon PN daripada Gerakan, Kong Cheng Ann dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Teh Yee Cheu.

PRN-15 Pulau Pinang melibatkan seramai 1,234,198 pengundi dengan pengundi biasa seramai 1,222,710; tentera dan pasangan (4,843); polis dan pasangan, polis PGA (6,451) dan pengundi luar negara (194). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×