KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) Pahang akan mengerahkan seluruh jentera politiknya membantu gerak kerja pilihan raya di Kelantan, Terengganu dan Selangor pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, jentera itu akan dibawa dari 14 kawasan parlimen di Pahang dan jumlah petugas bergantung kepada situasi.
“Kita semua bergerak secara sukarela untuk membantu rakan-rakan di tiga negeri berkenaan dan sememangnya tiada sebarang peruntukan disediakan
“Insya-Allah minggu depan kita akan bermesyuarat untuk memuktamadkan perkara tersebut. Negeri-negeri berkenaan akan beritahu ke mana perlu kami hantar jentera-jentera pilihan raya dari Pahang nanti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas program Cerama Mega Ppakat Pertahan: Pas Pilihanku di Pasir Tumbuh, di sini malam tadi.
Saifuddin memberitahu, keputusan PN Pahang bagi memastikan kemenangan besar berpihak kepada mereka dalam usaha mengubah landskap politik negara pada masa depan.-UTUSAN