PRN: PN mahu menang negeri, referendum rakyat tolak kerajaan

PRN: PN mahu menang enam negeri, referendum rakyat tolak kerajaan

MUHYIDDIN Yassin berarak mengiringi tiga calon PN yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang, Sungai Tua dan Gombak Setia. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Perikatan Nasional (PN) mahu menang semua negeri sebagai satu referendum penolakan kepada Kerajaan Perpaduan yang didakwanya gagal menangani beban kos sara hidup rakyat.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya menyifatkan enam pilihan raya negeri (PRN) sebagai signifikan besar untuk merampas negeri yang dikuasai Pakatan Harapan (PH).

“PRN ini amat penting, bukan sahaja sekadar pilihan raya negeri semata-mata tetapi sebagai referendum kemarahan rakyat terhadap (Perdana Menteri) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Anda boleh lihat sendiri penolakan menyeluruh, jadi ini (PRN) sangat signifikan bagi kami, sudah tentu kami mahu menang Selangor dan negeri lain.

“Bukan hanya mahu menang Selangor, sebaliknya juga negeri lain di samping Kelantan, Terengganu dan Kedah,” katanya ketika ditemui di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu di sini hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin berarak mengiringi tiga calon PN yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang, Sungai Tua dan Gombak Setia.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, pihaknya yakin dapat merampas Selangor daripada PN setelah melihat sokongan rakyat sejak kebelakangan ini.

Beliau mendakwa berdasarkan bacaan pihaknya, PN kini mendahului berbanding pencabar lain.

“Namun saya tidak anggap ini sebagai konklusif, tetapi lihat sokongan bawahan, jumlah menghadiri ceramah.

“Ini menunjukkan indikasi kuat bahawa mereka mahu perubahan, ekoran masalah kenaikan kos sara hidup dan inflasi,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau mempersoalkan  pengumuman hala tuju Ekonomi Madani oleh Anwar dan ia hanya dibuat selepas lapan bulan menerajui kerajaan.

“Mana dapat duit RM1 bilion atau RM2 bilion, tiba-tiba ada duit. Anwar asyik berjanji, tetapi tidak dilaksanakan.

“Ini menyebabkan rakyat menunggu, dari duit mana? Bunyi bagus, untuk tangani masalah, tetapi ini adalah token, kena serius daripada ini,” kata beliau. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya