PRN: Jangan main politik wang - Utusan Malaysia

PRN: Jangan main politik wang

TENGKU Razaleigh Hamzah (kanan) semasa ditemui di Bukit Cekati, Gua Musang, Kelantan. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Semua parti politik perlu bersaing secara sihat dengan menolak amalan politik wang dalam usaha mendapatkan sokongan pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, 12 Ogos ini.

Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li berkata, amalan itu bertentangan dengan prinsip demokrasi selain bercanggah dengan undang-undang sepanjang masa berkempen.

“Saya harap parti itu insaf dan sedar diri pada PRN kali ini. Pilihan raya lepas dia menggunakan duit secara meluas. Barangkali banyak juga duit akan digunakan tetapi janganlah melampau sangat kerana perkara itu salah dari segi undang-undang. Kita kena hormat undang-undang dan janganlah ambil kesempatan berlebihan,” katanya kepada pemberita di Bukit Cekati di sini semalam.

Ku Li memberitahu, pada masa sama beliau mahu semua parti menghormati amalan demokrasi sepanjang tempoh berkempen.

Katanya, selain itu menjaga dan mengikut segala undang-udang yang telah ditetapkan.

Dalam perkembangan lain, Ku Li mengakui ekonomi negara berada dalam keadaan belum stabil dan memerlukan lebih banyak masa untuk proses pemulihan.

Katanya, rakyat perlu memberi lebih banyak masa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melakukan usaha serta perubahan ekonomi ke tahap lebih baik.

“Anwar baru jadi Perdana Menteri dalam tempoh enam hingga tujuh bulan dan dia bersama pasukannya masih nak bersatu serta berusaha. Insya-Allah saya rasa akan berlaku perubahan dan kemajuan itu pada masa akan datang. Kita kena sokonglah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN