PASIR MAS: Calon Bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Tendong, Datuk Sunaizal Adnan Sukri mendapat suntikan semangat apabila menerima sokongan dari pelakon dan pengarah drama, Fauzi Nawawi.
Fauzi yang memakai baju melayu bewarna putih hadir memberikan sokongan kepada aktivis masyarakat itu pada hari penamaan calon, pagi ini.
“Saya sudah lama mengenali beliau (Suzainal) seorang pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang cukup prihatin kepada seluruh ahlinya.
“Saya lihat beliau mempunyai ciri-ciri sebagai seorang pemimpin di Tendong. Lagipun sudah lama beliau bekerja membantu rakyat di sini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, semalam.
Fauzi memberitahu, dia berharap pengundi dapat memberi sokongan kepada Suzainal. – UTUSAN