PRN: BN tanding 45 peratus kerusi DUN

PRN: BN tanding 45 peratus kerusi DUN

PRN
AHLI Pergerakan Puteri UMNO mengambil kesempatan berswafoto bersama Ahmad Zahid Hamidi pada majlis Korban Perdana  dan Jamuan Rakyat di Pantai Penunjuk, Kijal, Kemaman,  Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Barisan Nasional (BN) dijangka bertanding 45 peratus kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 245 kawasan di enam negeri pada pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, baki 55 peratus lagi kerusi DUN akan ditandingi Pakatan Harapan (PH).

Katanya, agihan kerusi yang ditetapkan itu berdasarkan kepada kerusi yang dimenangi BN dan PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, berdasarkan peratusan tersebut, BN dijangka bertanding di lebih 100 kerusi DUN.

“Maka itu sebabnya peratusan itu lebih kepada parti-parti di dalam komponen PH dalam enam negeri itu,” katanya selepas majlis Korban Perdana  dan Jamuan Rakyat di Pantai Penunjuk, Kijal di sini. hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan Negeri, Datuk Seri Ahmad Said yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, setiap calon parti itu menjalani proses saringan termasuk mereka yang boleh menang, selain menerusi penelitian di peringkat Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta Mahkamah Syariah.

“Kita akan lakukan saringan dari segi boleh menang, boleh diterima dan bagaimana pengundi beri sokongan kepada calon-calon. Apabila senarai pendek dibuat, kita akan buat juga saringan kesihatan bagi menentukan setiap calon bersih dari segi lahiriah, fizikal dan mempunyai tahap kesihatan yang baik,” katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, keputusan pembahagian kerusi antara BN dan PH akan dimuktamadkan minggu depan.

Katanya, keputusan rasmi pembahagian kerusi itu dibuat secara bersama antara beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas perbincangan tersebut selesai.

“Sebanyak sembilan kerusi yang bertindih di sembilan DUN di negeri-negeri terlibat sebelum ini juga dapat diselesaikan,” tambahnya.

Enam negeri yang mengadakan PRN membabitkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Kelantan menjadi negeri pertama membubarkan DUN pada 22 Jun diikuti Selangor sehari selepas itu, serta Pulau Pinang, Terengganu dan Kedah pada 28 Jun lalu manakala Negeri Sembilan pula hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini