PRN: Ahmad Zahid perlu berundur jika UMNO kalah - Penganalisis

PRN: Ahmad Zahid perlu berundur jika UMNO kalah – Penganalisis

KARTINI ABOO TALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi perlu berundur dan perlu melepaskan jawatannya dalam parti dan kerajaan jika keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti, UMNO gagal memenangi kerusi yang diwakili parti itu.

Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Kartini Aboo Talib berkata, UMNO perlu ‘revival’ dan sangat terdesak dengan pemimpin muda yang baharu dan berkaliber.

“Zaman ‘otai’ sudah berlalu. Ahmad Zahid perlu berundur dengan cara terhormat.

“Datuk Seri Mohamad Hasan (Timbalan Presiden UMNO) mungkin mempunyai visi, tapi dia ibarat acuan Ahmad Zahid dan belum cukup gagah untuk menolak Ahmad Zahid dari terus menjadi Presiden UMNO,” katanya di sini hari ini.

Kartini berkata, Pakatan Harapan (PH) juga dilihat lemah bukan sahaja disebabkan Ahmad Zahid tetapi ia turut disumbangkan faktor-faktor lain yang melingkari permasalahan rakyat.

Katanya, ini seperti manifesto tidak tertunai, ketiadaan subsidi elektrik bagi golongan M40, selain inflasi memburukkan harga barangan pengguna termasuk BLR pinjaman bank makin tinggi.

“Semua ini membuatkan rakyat tidak berpuas hati dengan kerajaan perpaduan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN