Polis tumpu 70 hotspot Selangor, pantau isu 3R - Utusan Malaysia

Polis tumpu 70 hotspot Selangor, pantau isu 3R

Polis Selangor
RAZARUDIN Husain dalam sidang akhbar taklimat pertugas polis pada PRN di IPK Selangor di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis menumpukan kepada 70 kawasan di negeri ini yang dikenal pasti sebagai hotspot bagi menempatkan pasukannya sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) bermula penamaan calon pada 29 Julai hingga hari mengundi 12 Ogos.

Antara perkara dipantau adalah hal-hal berkaitan keselamatan pengundi untuk keluar mengundi, pengundian yang teratur serta isu-isu sensitif dibangkitkan oleh parti-parti politik ketika berkempen khususnya bangsa, agama dan institusi di raja (3R).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menempatkan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (UJST), Cawangan Khas (SB) serta pasukan penyiasat lain bagi memastikan PRN berjalan lancar.

“Kita juga mempunyai pasukan perakam, pegawai penyiasat yang ditentukan untuk hari bermulanya penamaan calon sehinggalah pasca mengundi, siasatan bagi isu-isu yang terutamanya 3R, kalau boleh tidak disentuh.

“Pasukan itu memang sudah ada dan diatur, sama ada pihak IPK yang akan menyiasat daripada pegawai penyiasat atau perakam yang ada, ataupun kita akan menyerahkan kepada pihak Bukit Aman,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, beliau mengingatkan parti-parti politik yang akan menyertai PRN di enam buah negeri tidak lama lagi diingatkan supaya tidak memainkan isu-isu sensitif sepanjang berkempen khususnya berkaitan isu 3R.

Razarudin dalam sidang akhbar sama memaklumkan, peringatan tersebut dinyatakan dalam lawatannya di Kedah, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan dalam lawatannya sebelum ini bagi memantau persediaan petugas keselamatan pada PRN.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan seramai kira-kira 2,000 pegawai dan anggota polis dari negeri lain akan ditempatkan di Selangor sebagai tambahan kepada sekitar 10,000 pasukan petugas yang bertugas seawal dua hari sebelum penamaan calon.

“Kita akan serahkan kepada Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor untuk mengurus atur dan saya mengambil kira juga macam saya sebut tatakelola kita tidak akan menggunakan anggota nice to have, maksudnya kita patut guna 10 tetapi hendak 20.

“Kita kena ambil kira itu semua kerana bila tatakelola yang silap, pengaturan yang tidak betul sebenarnya merugikan duit kerajaan, saya sendiri akan turun (ke enam negeri) untuk menentu dan  menguruskan sumber manusia diperlukan dari segi logistik dan kewangan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya