Peralihan 10 peratus sokongan sukar - Sanusi

Peralihan 10 peratus sokongan sukar – Sanusi

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menyatakan sukar untuk mengubah sokongan pengundi daripada Perikatan Nasional (PN) kepada parti atau gabungan lain di negeri ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

Kata beliau, sokongan pengundi ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu menunjukkan PN menjadi pilihan mereka apabila berjaya memenangi 14 daripada 15 kerusi Parlimen yang ditandingi.

Swing 10 percent (peralihan sokongan pengundi sebanyak 10 peratus) sukar dalam politik. Kalau khusus dalam konteks Kedahlah, nak swing pengundi Melayu ini susah.

“Tak apa, teruskan berangan-angan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam Sempena Penilaian Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) di sini, malam tadi.

Beliau mengulas keyakinan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar yang percaya gabungan itu bersama Barisan Nasional (BN) mampu menubuhkan kerajaan negeri sekiranya 10 peratus undi kembali kepada mereka pada PRN ini.

Bekas Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, PH dan BN hanya memerlukan sekitar enam hingga tujuh peratus sokongan pengundi PN ketika PRU15 lalu untuk menang 16 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Sebab itu saya sangat yakin, kalau enam dan tujuh peratus itu kita dapat bawa balik, maka kita boleh dapat 16 kerusi pada PRN ini.

“Itu kalau (dapat bawa balik) enam, tujuh peratus, tetapi kalau naik 10 peratus kita percaya mampu untuk tubuh kerajaan negeri,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN