Penjawat awam jangan cepat puas hati, lakukan pembaharuan

Penjawat awam jangan cepat puas hati, lakukan pembaharuan

V. Sivakumar menyampaikan pingat dan sijil penghargaan perkhidmatan cemerlang kepada Habsah Md. Ishak (kanan) pada Majlis APC KSM Tahun 2022 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penjawat awam tidak seharusnya cepat berpuas hati dengan tahap pencapaian yang dikecapi kini, sebaliknya berusaha membuat pembaharuan dan inovasi berterusan.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, semua perlu sedar bahawa tanggapan rakyat sebagai pemegang taruh terbesar terhadap sektor awam sentiasa meningkat.

Justeru, katanya, penjawat awam perlu sentiasa berintegriti, tidak mengambil rasuah, tidak salah guna kuasa untuk kepentingan peribadi dan melaksanakan tugas mengikut peraturan dan undang-undang.

“Masyarakat di luar sana sentiasa meletakkan harapan supaya kita (penjawat awam) sentiasa kekal relevan dalam memenuhi kehendak rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Sumber Manusia (KSM) 2022 di sini, hari ini.

Terdahulu, seramai 630 orang penerima APC 2022 KSM diraikan hari ini termasuk seorang penerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) 2023.

Katanya, beliau juga berharap agar semua warga KSM sentiasa bertindak proaktif bersama dalam menjayakan program-program yang dirangka.

Sivakumar berkata, beliau juga mahu warga KSM mendokong tema sambutan Hari Pekerja 2023 iaitu ‘Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani’ di mana setiap warga KSM harus mematuhi prinsip kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, saling menghormati, keyakinan dan ihsan dalam membina Malaysia Madani. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya