BAGAN SERAI: Pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dari dua buah sekolah di daerah ini mempamerkan semangat luar biasa apabila berjaya mendaki hingga ke puncak Gunung Semanggol, di sini semalam. Mereka terdiri daripada 27 pelajar PPKI dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Semanggol dan SMK Selinsing yang diiringi 14 guru termasuk dua pengetua menamatkan pendakian di gunung setinggi 390 meter dari aras laut itu. Antara yang menyertai pendakian itu ialah…










