Pas dakwa BN-PH takut gelombang rakyat, Sanusi

Pas dakwa BN-PH takut gelombang rakyat, Sanusi

PETISYEN
TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas mendakwa gelombang kebangkitan dan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) termasuk Menteri Besar, Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menggentarkan gabungan Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) pada pilihan raya negeri (PRN) nanti.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, lautan manusia di Kelantan malam tadi mencerminkan keinginan rakyat melihat kerajaan Pas dikekalkan dan BN-PH ditolak.

Menurutnya, gelombang kebangkitan ini sebenarnya berlaku di kesemua enam negeri yang bakal mengadakan PRN nanti.

“Di mana sahaja kita pergi kita melihat lautan manusia yang menggentarkan BN dan PH. Akhirnya mereka terpaksa isytihar macam-macam sebelum PRN bermula dan berjumpa mahasiswa di universiti-universiti.

“Mereka pergi berjanji memberi berbagai-bagai. Hari ini juga pelbagai imbuhan diberikan semata-mata kerana kebimbangan terhadap kebangkitan rakyat untuk menumbangkan BN dan PH,” katanya semasa berucap pada Majlis Pengisytiharan Calon Perikatan Nasional (PN) Negeri Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menyatakan, Satu fenomena Sanusi kini menjadi wirid kepada BN-PH dan perkara itu dapat disaksikan dengan jelas setiap kali mereka turun ke negeri-negeri terutama ke Kedah hampir setiap minggu.

“Belum pernah dalam sejarah kesemua 10 exco dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kenapa berlaku? Kerana mereka tengok bagaimana kebangkitan rakyat sebagai referendum terhadap Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Tuan Ibrahim memberitahu, gelombang kebangkitan itu sebenarnya bukan menakutkan rakyat, sebaliknya membawa keadilan serta kesejahteraan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya