MUDA nafi bertanding solo untuk cari publisiti, raih simpati - Utusan Malaysia

MUDA nafi bertanding solo untuk cari publisiti, raih simpati

KERATAN laporan Utusan Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menafikan dakwaan kononnya tindakan parti itu bertanding secara solo di enam negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini, semata-mata mencari publisiti dan meraih simpati.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Penerangan Muda, Luqman Long berkata, dakwaan itu jauh tersasar daripada tujuan asal Muda bertanding iaitu memberi fokus kepada reformasi institusi dan agenda membina semula negara.

Menurutnya, ketika ini terdapat banyak janji reformasi kerajaan dilanggar dan tidak lagi dihormati menyebabkan Muda bangkit sebagai isyarat tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan.

“Muda tidak pernah sekalipun meminta jawatan dan kedudukan di dalam Kabinet, tetapi hanya menggesa pemimpin PH merujuk kembali janji sewaktu berada di dalam kerusi pembangkang satu ketika dahulu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ahli Dewan Unda­ngan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang mendakwa keputusan Muda untuk bertanding secara solo hanya merugikan parti itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN