PETALING JAYA: Tiada keperluan mendesak untuk Kerajaan Perpaduan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Perikatan Nasional (PN) selepas pilihan raya negeri (PRN), bulan depan kerana ia memberi isyarat salah berhubung kedudukan kerajaan. Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Ismail Sualman berkata, perkara itu jika dilaksanakan akan menjadi indikator sokongan majoriti dua per tiga terhadap kerajaan semakin terhakis. “Tiada sebarang keperluan mewujudkan MoU selepas…










