MIC, MCA tak tanding PRN: ‘Kami serah kepada BN’ - Nik Nazmi

MIC, MCA tak tanding PRN: ‘Kami serah kepada BN’ – Nik Nazmi

NIK Nazmi Nik Ahmad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Serahkan kepada BN (Barisan Nasional) mengenai MIC dan MCA ini,” demikian kata Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung keputusan dua parti komponen BN, MCA dan MIC yang bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini. 

Beliau berkata, MIC dan MCA adalah sebahagian daripada BN dan mungkin kedua-dua parti itu telah mengadakan perbincangan sebelum membuat keputusan tidak bertanding. 

“Jadi saya serahkan kepada BN mengenai perkara ini,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pelantikan Panel Penasihat Perubahan Iklim di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Terdahulu, MIC dan MCA mengumumkan tidak bertanding dalam pilihan raya enam negeri pada 12 Ogos ini.

Sementara itu, Nik Nazmi berkata, penggunaan logo sendiri tidak memberi masalah kepada  parti yang akan bertanding dalam PRN kelak,’

“Taktik penggunaan logo parti sendiri merupakan satu strategi bagi memenangi PRN yang akan datang.  Sebelum ini kami tidak pernah ada logo bersama tetapi kami tetap bertanding sendiri. Semua bergantung kepada keadaan dan apa yang kita nak capai bersama,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×