Melayu Champa harap sumbangan korba

Melayu Champa harap sumbangan korban

MASYARAKAT Islam Melayu Champa memegang daging korban sumbangan dermawan dari Pahang di Kampung Chimaan, daerah Ponyekrek, Wilayah Tbongkhmom, Kemboja.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMBOJA: Orang Melayu Cham­pa yang kebanyakan berpendapatan kurang RM500 sebulan tidak mampu membeli seekor lembu pada berharga dari RM2,500 hingga RM3,000 untuk ibadah korban setiap kali Aidiladha.

Walaupun dianggap murah berbanding di negara ini, penduduk Islam di kawasan luar bandar tidak mampu sebalik­nya mengharapkan bantuan dari negara luar pada setiap tahun.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Imam Masjid Diyauttin Kampung Chimaan, Rumly Yusof, 41, berkata, penduduk susah hanya bekerja sebagai buruh, berniaga kecil-kecilan dan bertani yang cuma memperoleh pendapatan cukup untuk barang keperluan dapur.

“Ketika menyambut Aidilfitri, Mei lalu dan Aidiladha, kebanyakan penduduk Islam di sini tidak mampu membeli daging lembu untuk juadah keluarga dan tetamu kerana harganya mahal, iaitu RM35 atau 32,180.05 Riel Kemboja (KHR) berat sekilogram.

“Mana mampu penduduk di sini hendak membeli lembu untuk majlis korban kerana rata-rata kami cuma memperoleh pendapatan bulanan tidak lebih RM500 dan di bawah kategori paras kemiskinan,” katanya di Kampung

Chimaan, daerah Ponyekrek, Wilayah Tbongkhmom, kira-kira 400 kilometer dengan Phnom Penh.

Rumly yang juga ketua mewakili tujuh kampung di daerah tersebut semalam menguruskan majlis korban tujuh ekor lembu yang disumbangkan oleh dermawan dari Jerantut, Pahang dalam siri lawatan menyumbangkan ternakan untuk masyarakat Islam Melayu Champa di Kampung Chimaan dan Kampung Prasit daerah Ponyekrek, Wilayah Tbongkhmom.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN