MCA, MIC tolak pelawaan Sanusi sertai PN

MCA, MIC tolak pelawaan Sanusi sertai PN

KERATAN laporan Utusan Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MCA dan MIC sebulat suara menolak sebarang pelawaan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dengan jawapan ringkas.

“No (Tidak),” katanya di akaun media sosial tanpa mengulas lanjut.

Presiden MIC, Tan Sri Dr. SA Vigneswaran pula memaklumkan partinya enggan mempertimbang sebarang pelawaan ketika ini kerana sudah membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam PRN kali ini.

Malah, katanya, MIC masih kekal mendukung titah Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.

Semalam, Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mencadangkan kepada MCA dan MIC supaya meninggalkan BN kerana tidak dapat bertanding sebarang kerusi pada PRN kali ini.

Katanya, MCA dan MIC boleh mendapat jumlah kerusi yang sewajarnya jika menyertai PN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya