MB dakwa tiada aktiviti pembalakan

MB dakwa tiada aktiviti pembalakan

Ahmad Samsuri Mokhtar (tengah) diberi penerangan tentang kejadian kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Terengganu yang menghanyutkan 10 mangsa Sabtu lalu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar percaya tragedi kepala air yang berlaku di Jeram Mawar, Air Putih, di sini bukan berpunca daripada aktiviti pembalakan di kawasan tersebut.

Bagaimanapun katanya, terdapat aktiviti pembalakan lama di kawasan itu yang pernah dijalankan sebelum ini.

Menurutnya, kerajaan negeri akan berbincang mengenai tragedi tersebut pada mesyuarat kerajaan negeri Rabu ini, termasuk menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat insiden tersebut.

“Insya-Allah kita akan mengadakan perbincangan secara menyeluruh bukan hanya risiko fenomena kepala air di daerah ini, malah juga di kawasan lain.

“Kepala air berlaku apabila hujan lebat berlaku pada waktu singkat yang tertumpu pada satu kawasan dan kita juga akan melihat kembali keberkesanan notis yang ditampalkan di sekitar kawasan perkelahan,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan Operasi di Balai Air Putih, di sini, semalam.

Ahmad Samsuri berkata, pihaknya akan turut mengadakan perbincangan dengan pelbagai agensi termasuk polis, Jabatan Hutan serta Bomba dan Penyelamat untuk mengurangkan risiko yang berlaku akibat fenomena kepala air di kawasan air terjun..

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri katanya, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan menanggung kos penghantaran jenazah mangsa pulang ke kampung halaman mereka di Pahang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN