Mahfuz, Radhi Mat Din bertembung lagi

Mahfuz, Radhi Mat Din bertembung lagi

MAHFUZ Omar (kanan) bertembung kali kedua dengan Mohd. Radhi Mat Din (kiri) di DUN Alor Mengkudu pada PRN Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pernah bertembung di Parlimen Pokok Sena pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Datuk Mahfuz Omar (Amanah) sekali lagi bertemu dengan calon Perikatan Nasio­nal (PN), Mohd. Radhi Mat Din yang juga legenda bola sepak Kedah di Dewan Undangan Nege­ri (DUN) Alor Mengkudu.

Pada PRU14, Mahfuz menang dengan majoriti 5,558 undi.

Alor Mengkudu adalah antara kerusi panas dalam Parlimen Alor Setar yang menjadi perhatian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah yang me­nyaksikan pertembungan satu lawan satu di kesemua DUN terlibat termasuk Suka Menanti dan Kota Darul Aman.

Pertembungan dua penjuru turut berlaku di DUN Suka Menanti yang menyaksikan pe­nyandangnya, Datuk Zamri Yusuf ditentang calon PN, Dzowahir Ab. Ghani.

Sementara di DUN Kota Darul Aman pula, penyandangnya, Teh Swee Leong (PH) ditentang calon PN, Chuah See Seng.

Penamaan calon di Kompleks Dewan Belia dan Sukan di sini, semalam berjalan lancar dengan Swee Leong yang mewakili PH mendahului proses tersebut.

Pengurus Pilihan Raya, Datuk Mohd. Yusri Md. Daud me­ngumumkan menerima enam pencalonan setelah proses penamaan ditamatkan Pekarangan kompleks itu dibanjiri penyokong parti bertanding pada pukul 8.30 pagi yang berarak dengan bendera parti masing-masing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×