Lupakan sengketa lama PH, Ahli UMNO diminta sokong DAP pada PRN

Lupakan sengketa lama PH, Ahli UMNO diminta sokong DAP pada PRN

NOOR HARIRI MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ahli-AHLI UMNO perlu bergerak secara bersama dalam dinamika politik baharu dengan menyokong Pakatan Harapan (PH) yang akan bertanding pada enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Noor Hariri Mohd. Nor berkata, sokongan itu perlu diterjemahkan walaupun ia adalah calon daripada parti DAP kerana mereka sebahagian daripada penyokong Kerajaan Pusat.

Justeru, katanya, ahli-ahli UMNO perlu melupakan sengketa lama dengan PH terutama DAP bagi memastikan UMNO terus berada dalam kerajaan dalam memastikan kestabilan dan kembali menaikkan ekonomi dan pelaburan negara.

“Kerjasama dibuat bersama PH demi menyelamatkan negara daripada ketidaktentuan politik. Kita jangan termakan dengan naratif jahat pembangkang seolah-olah mengambarkan kerjasama ini hanya untuk membebaskan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“UMNO sebuah parti yang daripada dulu tidak sesekali mencairkan perjuangannya. UMNO menghargai rakan-rakan politik yang lebih jujur dalam hubungan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan meminta pengundi UMNO di enam negeri yang akan menghadapi PRN memangkah calon DAP di kawasan masing-masing demi mengukuhkan kerajaan.

Ini kerana apabila ahli UMNO sudah berada di dalam Kerajaan Perpaduan, maka ahli hendaklah mengikut disiplin parti.

Menurut Noor Hariri, disiplin parti perlu diutamakan dan sebarang keputusan yang dibuat Majlis Kerja Tertinggi perlu dipatuhi semua ahli demi kebaikan rakyat dan parti.

Katanya, sebagaimana Ucapan Setiausaha Agong DAP, Anthony Loke yang menyatakan DAP mengiktiraf Islam sebagai Agama Persekutuan, Raja-Raja Melayu, Bangsa dan Bahasa Melayu, UMNO kekal bersahabat bersama mereka.

“UMNO tidak sesekali mengkhianati kepercayaan yang diberikan PH dalam membentuk kerajaan bersama,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN