Lorong khas bas lebih praktikal, jimat masa dan kos

Lorong khas bas lebih praktikal, jimat masa dan kos

rapid kl
Rapid KL akan menyediakan perkhidmatan bas khas kepada peminat sukan permotoran bagi menyaksikan Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang akan berlangsung dari 10 hingga 12 Nov ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Orang awam memberi maklum balas yang amat positif terhadap rancangan Rapid Bus yang memperkenal lorong bas di Jalan Ampang di sini.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Ampang dan Pandan Indah di sini rata-ratanya berpendapat, pelaksanaan lorong bas itu meskipun masih dalam tempoh percubaan lebih praktikal dan menjimatkan banyak masa.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pengurus syarikat swasta, Tan Lit Soon, 38, berkata, beliau terpaksa menghabiskan masa yang lama di atas jalan sekitar Ampang disebabkan jalan sesak terutama pada waktu puncak.

“Tetapi, apabila sudah ada khidmat alternatif seperti ini urusan saya lebih mudah. Tidak perlu lagi saya memandu ke tempat kerja dan menggunakan pilihan yang lebih praktikal seperti ini sebab lorong bas ini akan lebih lancar tanpa halangan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Jurutera rangkaian, Kamarul Imtiyaz Kamarul Zaman, 27, berkata, dia yakin kualiti perkhidmatan pengangkutan awam meningkat berikutan keprihatinan pihak Rapid Bus dan DBKL dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pengguna.

Katanya, meskipun mempunyai kenderaan sendiri, namun dia lebih gemar menggunakan perkhidmatan awam kerana menjimatkan kos dan masa perjalanan.

“Sebelum ini pun memang akan menaiki bas, namun lorong bas tiada. Saya sudah tidak tahan lagi berada dalam kesesakan lalu lintas yang tidak terkawal, apatah lagi sudah penat bekerja. Apabila waktu hujan, atau waktu puncak, keadaan menjadi lebih buruk. Selepas ini, saya akan lebih kerap menaiki bas,” katanya.

Sementara itu, penuntut kolej swasta, R. Yogeswary, 21, berkata, sebelum ada lorong bas, dia sering terlewat hadir ke kuliah disebabkan kesesakan lalu lintas lebih-lebih lagi kerana bergantung sepenuhnya kepada bas awam.

“Dalam satu keadaan, meskipun saya sudah bersiap lebih awal, tetapi keadaan trafik di atas jalan sukar dijangka sehingga saya terlepas kelas tertentu. Tetapi, mujur ada lorong bas seperti ini yang memudahkan urusan seharian saya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya