Litrak kaji laluan kontra untuk kurangkan kesesakan trafik

Litrak laksana kajian laluan kontra untuk kurangkan kesesakan trafik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd (Litrak) bakal melaksanakan kajian laluan kontra iaitu selaras dengan hasrat mereka ingin meredakan kesesakan lalu lintas yang berlaku pada waktu pencak sebelah petang.

Litrak di dalam satu kenyataan berkata, pelaksanaan tersebut akan bermula di Kilometer (KM) 19.2 selepas Canopy A Plaza Tol Petaling Jaya sehingga KKM 22 dari arah Bandar Sunway ke Putrajaya atau Shah Alam, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Katanya, kajian yang akan mengambil tempoh masa selama tiga bulan itu akan bermula pada 17 Julai ini dari pukul 4.30 petang sehingga 8.30 malam.

“Laluan kontra ini hanya untuk kenderaan ringan Kelas 1 atau pengguna kad Touch ‘n Go sahaja. Sehubungan dengan itu, kajian laluan kontra ini akan melibatkan penyaluran trafik di lokasi-lokasi berikut seperti dinyatakan.

“Laluan kontra ini adalah khusus dan terhad untuk pengguna LDP yang ingin ke Putrajaya atau Shah Alam sahaja,” katanya.

Sehubungan itu, Litrak menasihatkan pengguna lebuh raya dari arah Puchong menghala ke Bandar Sunway atau Petaling jaya menggunakan lorong kiri atau jalan alternatif sepanjang tempoh pelaksanaan kajian laluan kontra itu.

“Pelaksanaan kajian laluan kontra ini seiring dengan pelan tindakan strategik Litrak bertepatan dengan hasrat mengurangkan kesesakan trafik kepada pengguna lebuh raya untuk pulang ke rumah.

“Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi talian bantuan LDP di 03-7494 7333 atau ikuti kami di Twitter @LDPTrafik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya