Lelaki ditahan simbah cat rumah warga emas - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan simbah cat rumah warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang lelaki diberkas selepas dipercayai menyimbah rumah penduduk dengan cat merah di sekitar Pasir Penambang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa berusia 68 tahun yang tidak bekerja berada di kediaman itu, kira-kira pukul 4.40 petang.

“Individu itu kemudian didatangi jiran bersebelahan yang memaklumka seorang lelaki membaling cat merah di kawasan rumah tersebut. Mangsa terkejut dengan keadaan itu kerana mendakwa tidak mempunyai sebarang kaitan dengan lelaki berkenaan.

“Kesan cat merah itu didapati melibatkan dinding hadapan rumah berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Ramli, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor menahan lelaki berusia 34 tahun di sekitar Pasir Penambang pada hari sama.

“Suspek tidak mengaku terlibat dalam kes itu dan dipercayai mempunyai masalah mental oleh penduduk setempat. Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya