Lelaki bakar isteri didakwa esok - Utusan Malaysia

Lelaki bakar isteri didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Seorang lelaki yang ditahan selepas disyaki membakar isterinya sehingga mati minggu lalu akan didakwa di Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini esok.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, siasatan ke atas suspek yang berusia 28 tahun itu telah selesai dengan kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak timbalan pendakwa raya.

“Oleh itu, suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Seri Manjung, esok, di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan,” katanya.

Akhbar ini sebelum ini melaporkan seorang lelaki membakar isterinya sehingga mati di rumah mereka di Kampung Bharu, Sitiawan, dekat sini, kerana tidak berpuas hati dituduh oleh mangsa dan keluarganya yang dia mengambil dadah.

Menurut Mohamed Nordin, kejadian itu dipercayai dilakukan suspek selepas pihak polis menerima panggilan MERS 999 pada pukul 6.42 petang 10 Julai lalu daripada seorang wanita memaklumkan adiknya iaitu suspek telah membakar isterinya di rumah.

Mangsa yang berusia 33 tahun dihantar ke HSM untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 12.20 tengah hari dua hari kemudian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN