Laporan polis dibuat terhadap Tuan Ibrahim, Afnan Hamimi dan Harakah - Utusan Malaysia

Laporan polis dibuat terhadap Tuan Ibrahim, Afnan Hamimi dan Harakah

WONG Hon Wai (tengah) selepas membuat laporan polis terhadap pemimpin Pas dan Harakah di IPD Timur Laut, George Town, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

 

GEORGE TOWN: Satu laporan polis dibuat terhadap Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Timbalan Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamuddin dan Harakah selaku lidah rasmi penerbitan Parti Islam SeMalaysia (Pas) kerana didakwa menyebarkan berita palsu terhadap Pengerusi DAP, Lim Guan Eng.

Laporan polis berkenaan dibuat Setiausaha Politik kepada Guan Eng, Wong Hon Wai di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Hon Wai berkata, laporan polis itu dibuat supaya siasatan ke atas Tuan Ibrahim, Afnan Hamimi dan Harakah dapat dilakukan mengikut Seksyen 499 Kanun Keseksaan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menyiarkan khabar angin yang menimbulkan ketakutan kepada orang ramai, menyerang peribadi serta memfitnah Guan Eng.

”Guan Eng tidak pernah menyatakan semua tokong akan dirobohkan sekiranya Perikatan Nasional (PN) memerintah Pulau Pinang.

”Ketiga-tiga pihak ini telah terbabit dalam penyiaran berita palsu dan susulan berita palsu ini, Pas juga telah meminta ahli mereka untuk membuat laporan polis terhadap Guan Eng,” katanya dalam sidang akhbar di pekarangan IPD Timur Laut, di sini hari ini.

Guan Eng sebelum ini dilaporkan mendakwa ‘gelombang hijau’ bakal memusnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang.

Kenyataan tersebut dilaporkan portal berita kononnya diucapkan beliau dalam program “Tian Fu Gong Bai Long Wang Singapore – Malaysia Tour 2023″ di Tokong Batu, Jelutong, di sini 7 Julai alu.

Susulan dakwaan itu, beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Ahli Parlimen Bagan itu dan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kini memulakan siasatan terhadap Guan Eng berhubung isu berkenaan.

Menurut Hon Wai, taktik Pas secara berterusan menyerang Guan Eng menggunakan berita palsu perlu dihentikan.

”Harakah masih menyiarkan berita palsu mengenai Guan Eng ini dan meskipun sumber berita sebenar kenyataan ini telah memperbetulkan kenyataan mereka, namun Harakah masih belum menarik balik berita palsu tersebut,” katanya.

Tambahnya, Harakah serta pemimpin Pas perlu bertanggungjawab kerana melemparkan dakwaan palsu terhadap Guan Eng dan mereka menyerahkan kepada pihak polis menyiasat perkara berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya