Kertas siasatan babit Sanusi, Guan Eng, Abdul Hadi

Kertas siasatan babit Sanusi, Guan Eng, Abdul Hadi sedang dilengkapkan

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kertas siasatan membabitkan tiga pemimpin politik yang sedang disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan isu bangsa, agama dan institusi diraja (3R) dalam proses untuk dilengkapkan.

Memberitahu Mingguan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, terdapat beberapa lagi keterangan perlu diambil bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan sebelum merujuk ke Pejabat Peguam Negara secepat mungkin.

“Sehingga hari ini, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman masih bekerja keras dalam melengkapkan siasatan itu,” katanya secara ringkas.

Terdahulu, Razarudin mengesahkan keterangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berhubung kenyataannya didakwa mempertikaikan kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besar Selangor.

Percakapan Muhammad Sanusi di hotel di Bangsar, di sini kelmarin.

Dalam pada itu, beliau juga mengesahkan sudah merakam percakapan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng di Pulau Pinang semalam.

Turut dirakam keterangan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang diambil di pejabatnya di Jalan Raja Laut, pukul 3.30 petang, semalam.

Dalam perkembangan lain, Razarudin turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan yang memberikan RM100 juta kepada enam agensi penguatkuasaan negara termasuk PDRM dalam bagi memperkukuh kelengkapan agensi berkenaan.

Beliau berkata, peruntukan itu dapat memperkasakan pasukan Polis Diraja Malaysia dan menjaga kebajikan anggota.

“Menerusi peruntukan ini, ia akan dapat membantu PDRM meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan tugas dalam menjaga keamanan negara,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN