Kerjasama tiga syarikat perkenal aplikasi Lulus - Utusan Malaysia

Kerjasama tiga syarikat perkenal aplikasi Lulus

E-Wallet
AHMAD Maslan menerima dokumen kerjasama tiga buah syarikat bagi menjayakan aplikasi Lulus daripada Ketua Pegawai Operasi Lulus, Hasrul Syafiq di Shah Alam, Selangor hari ini. -UTUSAN / FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM:  CTOS Data System Sdn. Bhd,  Erbee World dan CelcomDigi menerusi kerjasama strategik memperkenalkan aplikasi  kewangan mudah alih pertama di negara ini. 

Aplikasi baharu itu yang dikenali sebagai LULUS merupakan integrasi teknologi dalam penyediaan perkhidmatan industri kewangan komprehensif dengan mempunyai akses beberapa segmen terpilih.

Ketua Pegawai Eksekutif Erbee World Bhd. Datuk Muhammad Amir Abdullah berkata, sebanyak 21 bank, syarikat fintech dan bio kredit dijangka terlibat menerusi pengenalan sistem ini untuk memberi perkhidmatan masing-masing. 

“Aplikasi LULUS ini akan menjadi penghubung kepada orang ramai untuk membuat pinjaman kewangan di semua institusi perbankan yang ada di negara ini.

“Pemohon tidak perlu ke bank dan proses permohonan boleh dibuat di mana sahaja dengan menggunakan aplikasi ini.Apa yang menarik, untuk sesetengah pinjaman, kelulusan boleh diberikan dalam tempoh sehari sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Tambah Muhammad Amir, kajian dan pembangunan aplikasi ini mengambil masa tiga tahun 

Dalam pada itu, Muhammad Amir berkata, pihaknya menetapkan sasaran sebanyak 0.5 peratus daripada 33 juta rakyat Malaysia akan menggunakan aplikasi ini.

“Kita menyasarkan 10 juta transaksi dibuat menerusi aplikasi ini. Perkhidmatan ini direka bentuk untuk memenuhi keperluan individu dan perniagaan, menyediakan laporan kelayakan pinjaman yang cepat, tepat dan boleh diakses.

“Untuk permulaan kita akan menyediakan tiga segmen iaitu perumahan, peribadi dan kenderaan. Selain itu kita juga akan menyediakan perkhidmatan e-wallet dalam tempoh terdekat nanti. 

“Walau apa pun, keselamatan data perkara pertama kita tekankan. Kita telah menjalinkan kerjasama dengan CTOS sebagai penyimpan data utama bagi kita,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya