Kerajaan sediakan jaminan RM5 bilion, mudahkan rakyat miliki rumah idaman - Utusan Malaysia

Kerajaan sediakan jaminan RM5 bilion, mudahkan rakyat miliki rumah idaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jaminan kerajaan sehingga RM5 bilion akan disediakan bagi membantu dan memudahkan rakyat memiliki rumah idaman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, kerajaan mendengar keluh kesah rakyat berkaitan hasrat untuk memiliki rumah pertama yang tertangguh kerana tidak mampu menyediakan deposit pembelian rumah.

“Maka, kerajaan menambah baik skim pinjaman di bawah Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dengan menyediakan jaminan pembiayaan sehingga 120 peratus dari harga rumah bernilai sehingga RM300,000.

“Jaminan 120 peratus akan membolehkan semua kos-kos pemilikan rumah ditampung melalui pinjaman termasuk jumlah pembiayaan pokok, yuran guaman, yuran penilaian dan insurans serta pembelian perabot dan kos ubahsuai.

“Sehubungan itu, jaminan Kerajaan sehingga RM5 bilion akan disediakan,” katanya dalam

Majlis Pelancaran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya