PETALING JAYA: Kerajaan Perpaduan membabitkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dijangka tidak mampu bertahan seandainya Selangor serta Negeri Sembilan tumbang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti. Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, hubungan antara kedua-dua parti itu juga dijangka goyah dan berantakan seandainya Pulau Pinang gagal mempertahankan dua pertiga majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Katanya, ini kerana pembentukan Kerajaan Perpaduan tidak dilaksanakan dengan…










