Kerajaan Perpaduan dilabel sebagai ‘kakistokrasi’ - Utusan Malaysia

Kerajaan Perpaduan dilabel sebagai ‘kakistokrasi’

PN Bersatu
MOHAMED SUKRI OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pemuda Pas Selangor melabel Kerajaan Perpaduan sebagai ‘kakistokrasi’ apabila mendakwa kepimpinannya terutama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim banyak berbohong, populis dan tidak adil.

Ketuanya, Mohamed Sukri Omar berkata, kerajaan campuran yang didukungi Pakatan Harapan (PH) dengan sokongan parti lain seperti Barisan Nasional (BN) menawarkan kepimpinan tidak kompeten.

“Kerana kerajaan kakistokrasi akan diisi dengan penipuan, kronisme, fitnah, dendam, budaya rasuah, salah guna kuasa dan segala ketidakcekapan yang akhirnya menatijahkan kegagalan dalam pengurusan negara di semua peringkat.

“Ya, kerajaan campuran ini adalah contoh terbaik bagi sebuah kerajaan kakistokrasi. Negara sedang dipimpin oleh Perdana Menteri yang banyak berbohong, populis dan tidak adil. Timbalan Perdana Menteri pula dilantik dari golongan kluster mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau mendakwa lagi Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum  Ke-15 (PRU15) lalu mengamalkan budaya ‘U-turn’ serta tiada hala tuju dalam menangani isu ekonomi dan kemelut kos sara hidup.

“Kita semua hakikatnya sedang ditindas oleh sebuah kerajaan kleptokrat yang mentadbir secara kakistokrat. 7 bulan pemerintahan kerajaan Madani adalah bukti yang boleh dinilai oleh masyarakat.

“Keempat, bolehkah rakyat mengubah kerajaan kakistokrasi? Rakyat ada kuasa memilih dan mengundi. Lantiklah pemimpin yang adil, prihatin dan bersih,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN