Kemenangan bergaya Gabungan Perpaduan untuk rakyat Selangor - PM

Kemenangan bergaya Gabungan Perpaduan untuk rakyat Selangor – PM

ANWAR Ibrahim bersama penyokong dan calon Pakatan Harapan bagi DUN Hulu Kelang, Gombak Setia serta Sungai Tua pada hari penamaan calon PRN Selangor di Gombak, hari ini. UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Insya-Allah, kemenangan bergaya bagi Gabungan Perpaduan untuk rakyat Selangor mengangkat semangat perpaduan dan menolak politik picisan.”

Demikian kata-kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui hantaran di akaun Facebooknya selepas mengiringi calon-calon yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Gombak.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Perdana Menteri tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu sekitar pukul 8.45 pagi ini bagi memberi sokongan kepada calon Kerajaan Perpaduan yang bertanding di setiap DUN dalam Parlimen tersebut.

Perdana Menteri diiringi beberapa pemimpin parti kerajaan antaranya Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg; Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan beberapa pemimpin lain.

Mereka mengiringi Datuk Seri Amirudin Shari mewakili parti kerajaan bertanding di DUN Sungai Tua, Datuk Megat Zulkarnain Omardin (Gombak Setia) dan Juwairiya Zulkifli (Hulu Kelang). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya