'Kalau tak ikhlas, kita takkan duduk dalam parti yang ada 26 kerusi sahaja' - Utusan Malaysia

‘Kalau tak ikhlas, kita takkan duduk dalam parti yang ada 26 kerusi sahaja’

MUHAMAD AKMAL SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO bersedia untuk berkhidmat ‘jauh lebih ikhlas’ untuk membawa parti itu lebih ke depan.

Ketuanya, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, kesediaannya itu termasuklah untuk bekerja bagi memenangkan parti dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

“Sudah tentu saya ikhlas, kalau tak ikhlas tak kan kita masih lagi duduk dalam parti yang hampir 26 kerusi saja.

“Kalau tak ikhlas sudah tentu saya pergi ke parti lain. Tetapi disebabkan kita kekal setia di dalam parti bersama tentulah kita ikhlas dan setia bersama.

“Maksud ikhlas bagaimana kita nak menzahirkan jadi sudah tentu kita akan bekerja dengan jauh lebih ikhlas insya-Allah,” katanya.

Muhammad Akmal berkata demikian selepas diminta mengulas laporan yang memetik sumber mengatakan bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua sayap parti – wanita, pemuda dan puteri – ‘lebih ikhlas’ dalam bergerak menghadapi PRN.

Sumber dalam parti itu berkata, Ahmad Zahid mengingatkan ahli parti bahawa PRN akan datang merupakan peluang terakhir mereka untuk bangkit semula.

Sementara itu, Muhammad Akmal turut berkata, BN masih wujud dalam hati anak muda masa kini, namun memerlukan perubahan dalam parti supaya parti itu dilihat lebih relevan.

“Ya, saya yakin BN masih ada dalam hati anak muda seperti saya. Saya anak muda dan dalam hati saya adalah BN, cuma perlu buat perubahan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya