Kalau kalah saya tetap bersyukur - Bell Ngasri - Utusan Malaysia

Kalau kalah saya tetap bersyukur – Bell Ngasri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Bell Ngasri tetap bersyukur sekiranya namanya gagal dinobatkan sebagai Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) seperti yang didambakan rakyat Malaysia.

Bell yang popular menerusi watak Barkoba dalam telefilem 16 Puasa, 17 Puasa dan 18 Puasa berkata, dia terharu dengan sokongan ramai sehinga melayakkan dirinya berada dalam senarai lima terbaik Artis Komedi Popular ABP.

“Saya pun tak sangka kerana tak pernah minta sampai berada pada tahap ini. Alhamdulillah, jika rezeki saya bersyukur, kalau tiada rezeki atau kalah tetap bersyukur. Kalah ini sudah selalu.

“Sejak saya mula berlakon 37 tahun lalu, belum pernah tersenarai dalam lima terbaik. Sebab itu, saya tak tahu nak buat apa, sekarang baru belajar hendak pergi ABP,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam masa sama, Bell juga berharap orang ramai turut memberikan sokongan terhadap pelakon lain yang lebih banyak berjasa dalam bidang lakonan.

“Apa yang rakyat Malaysia berikan, saya juga berharap sokongan sama diberikan kepada selebriti dan pengkarya lain yang lebih lama dan otai dalam bidang seni,” katanya.

Menerusi kategori Artis Komedi Popular, Bell berentap dengan Zizan Razak, Johan, Jaa Suzuran dan Syahmi Sazli.

Nama Bell juga muncul sebagai 10 artis meraih undian tertinggi ABP termasuk Aina Abdul, Amir Masdi, Anna Jobling, Meerqen dan Siti Nordiana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya