Johari, Bung Moktar antara pemimpin parti kerajaan iringi calon 

PRN: Johari, Bung Moktar antara pemimpin parti kerajaan iringi calon di Gombak

PETUGAS media menunggu di luar pekarangan Dewan SMK Sungai Pusu, Gombak, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Bung Moktar Radin serta beberapa pemimpin parti kerajaan tiba di perkarangan Pusat Penamaan Calon (PPC) di sini bagi mengiringi calon Kerajaan Perpaduan yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Gombak.

Mereka tiba sekitar pukul 9.10 pagi tadi sebelum terus masuk Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) bagi memberikan sokongan kepada calon parti kerajaan menyerahkan borang pencalonan.

Dalam Parlimen Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari mewakili parti kerajaan bertanding di DUN Sungai Tua, manakala Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan Juwairiya Zulkifli masing-masing bertanding di DUN Gombak Setia dan DUN Hulu Kelang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya