Jerawat boleh akibat tekanan emosi ketara

Jerawat boleh akibat tekanan emosi ketara

KKM melancarkan garis panduan amalan klinikal khusus bagi menangani jerawat vulgaris dalam kalangan remaja di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melancarkan garis panduan amalan klinikal khusus bagi menangani jerawat vulgaris dalam kalangan remaja di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, jerawat vulgaris adalah penyakit kulit biasa, namun, ia menjejaskan emosi terutama remaja dan dewasa muda.

Beliau berkata, kajian tempatan mendapati prevalens masalah kulit di Malaysia ialah 60.7 hingga 68.1 peratus.

“Bagaimanapun, ketika ini wujud salah tanggapan oleh orang ramai bahawa jerawat itu hanya masalah kulit biasa serta tidak memerlukan rawatan.

“Kami dapati penyakit kulit itu memberi kesan buruk kepada kehidupan sosial, harga diri dan imej badan pesakit.

“Malah, ia juga boleh menyebabkan parut pada sesetengah pesakit yang boleh menyebabkan tekanan psikologi yang ketara, seperti kemurungan dan kebimbangan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran garis panduan itu di Institut Kanser Negara (IKN) di sini, hari ini.

Turut dilancarkan sama termasuk garis panduan amalan klinikal bagi Hepatitis B Kronik dan Obstructive Sleep Apnea (OSA) iaitu pernafasan terhenti disebabkan saluran pernafasan tersumbat.

Muhammad Radzi berkata, pembangunan tiga garis panduan amalan klinikal itu melibatkan pakar pelbagai disiplin melalui metodologi berasaskan bukti yang kuat.

Menurutnya, OSA jika tidak dirawat boleh menjejaskan sebahagian besar populasi, dengan kadar membimbangkan kes yang tidak didiagnosis dan dikaitkan dengan gangguan kardiometabolik.

“OSA boleh diatasi dengan menekankan integrasi model penjagaan berpusatkan pesakit, termasuk ubah suai gaya hidup, terapi tekanan saluran udara dan pembedahan jika sesuai,” katanya.

Katanya, garis panduan ini akan menjadi sumber yang tidak ternilai untuk profesional penjagaan kesihatan dalam pengurusan penyakit tertentu yang berkesan dan selamat.

Jelasnya lagi, pembangunan garis panduan ini adalah usaha kolaboratif pasukan pakar pelbagai disiplin dalam bidang dermatologi, perubatan tidur, hepatologi dan bidang perubatan lain yang berkaitan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya