Jangan sebar spekulasi kematian kanak-kanak HTAR ‐ Polis - Utusan Malaysia

Jangan sebar spekulasi kematian kanak-kanak HTAR ‐ Polis

HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis Selangor menggesa orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian kematian seorang kanak-kanak perempuan yang tular semasa mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pada 9 Julai lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima dus laporan polis masing-masing dibuat pihak HTAR dan bapa kanak-kanak berusia 10 tahun itu.

“Polis memulakan siasatan di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 oleh Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

“Siasatan terperinci, menyeluruh, adil dan saksama akan dijalankan terhadap aduan kedua-dua pihak iaitu hospital dan penjaga. Polis tidak pernah menafikan hak sesiapa dalam menjalankan siasatan kes ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu HTAR dalam satu kenyataannya memaklumkan pengurusannya akan menyiasat kematian kanak-kanak terbabit ketika mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan hospital berkenaan.

Siasatan tersebut dibuat selepas kematian murid darjah empat itu tular dalam media sosial bersama sekeping gambar dikatakan memaparkan butiran punca kematiannya yang didakwa sudah pun meninggal dunia ketika dibawa ke HTAR.

Dalam pada itu, Hussein Omar menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menyalurkannya kepada balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Natalie Anak Alin di talian 03‐55145222 atau 019-6422985. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya