Jalan ke tiga penempatan Orang Asli dinaik taraf

Jalan ke tiga penempatan Orang Asli dinaik taraf

MASYARAKAT Orang Asli mengukir senyuman apabila Jakoa melaksanakan kerja-kerja menaik taraf atau penggredan jalan masuk ke tiga buah pos penempatan mereka di Gua Musang, Kelantan. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) sedang melaksanakan kerja-kerja menaik taraf atau penggredan jalan masuk ke tiga pos penempatan Orang Asli bagi memberikan kemudahan kepada masyarakat berkenaan.

Timbalan Pengarah Jakoa Kelantan dan Terengganu, Roslina Bun berkata, kerja-kerja itu melibatkan Pos Balar, Pos Belatim dan Pos Bihai yang sering rosak teruk terutamanya ketika musim tengkujuh.

“Bagi mengatasi sementara masalah itu, Jakoa melaksanakan kerja-kerja untuk ‘grading’ jalan. Kita lakukan secara tumpuan di kawasan-kawasan yang dilihat mengalami kerosakan yang sangat kritikal.

“Kita dapati kawasan yang terlibat adalah laluan dari Pos Bihai ke Pos Balar,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Sementara itu, seorang penduduk Pos Bihai, Along Angah, 40, memberitahu, kerja-kerja tersebut amat dinantikan oleh penduduk di kawasan pedalaman.

Katanya, situasi jalan rosak memberikan kesukaran kepada mereka untuk keluar membeli barang keperluan dan menjual hasil tanaman.

“Perjalanan akan menjadi bahaya setiap kali musim hujan. Hal ini kerana laluan tersebut akan berlumpur,” jelasnya.

Bagi Mus Alang, 53, kerja-kerja penggredan jalan yang dilakukan itu dapat memberi keselesaan kepada masyarakat Orang Asli dalam melaksanakan urusan harian mereka.

Katanya, pada masa sama mereka dapat menghantar anak ke sekolah dengan lebih cepat dan selamat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN