Jalaluddin calon MB UMNO bagi Negeri Sembilan?

Jalaluddin calon MB UMNO bagi Negeri Sembilan?

JALALUDDIN ALIAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Negeri Sembilan bagi parti tersebut dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Sumber parti yang dihubungi Utusan Malaysia berkata, Jalaludin yang juga Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bakal bertanding di salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Jelebu iaitu Parlimen yang dimenangi beliau dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lepas.

“Beliau ada karakter yang tepat sebagai calon Menteri Besar bagi parti UMNO, dia pun memang sudah sedia perform dalam kawasan Parlimen Jelebu,” kata sumber di sini, semalam.

Untuk rekod, Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi DUN dengan 21 kerusi daripadanya mempunyai 60 peratus majoriti Melayu.

Sumber berkata, UMNO akan bertanding di sekurang-kurangnya 16 kerusi DUN Negeri Sembilan dalam PRN iaitu mengekalkan status quo parti itu dan menyasarkan gabungan UMNO-PH boleh menang menentang Perikatan Nasional (PN) dalam PRN kali ini.

“Secara keseluruhan, kita yakin kerajaan perpaduan boleh menang di Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang, maksudnya kita dapat tiga negeri, PN boleh menang tiga negeri,” kata sumber.

Pada masa sama, sumber berkata UMNO sedang merencanakan strategi peralihan undi bagi meyakinkan akar umbi parti itu supaya mengundi calon daripada PKR dan DAP dalam PRN kali ini.

“Ia pasti memakan masa sebab untuk meyakinkan akar umbi supaya memangkah DAP misalnya, itu perlu diperjelas secara tertib kepada akar umbi. Jadi, kita sedang membuat kajian sejauh mana ia dapat dioptimumkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN